baaelunsiber

Monday, April 22, 2013

mengerat kuku

Sesiapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. Bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih...

Tuesday, April 16, 2013

Rahsia TAWAF


 
Rahsia TAWAF | Tahukah Korang, KENAPA Jam Yang Ada Kebanyakannya Ialah Jam ANTI TAWAF? | Pepagi ni Abe nak berkongsi sikit INFO pasal TAWAF. Adalah pepagi ni timbul tandatanya di kepala Abe, KENAPA LAK KEBANYAKAN JAM ANTI-TAWAF. So, bila tanya En. Google, ini jawapannya. Kata En. Google: Ini merupakan salah 1 rahsia hitam yang tak didedahkan pada umat manusia. Sebenarnya... semua yang ada di alam ini bergerak mengikut hukum TAWAF.



Kenapa macam tu pulak ye?

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni


Sebab Allah telah tentukan hukumnya sebegitu sejak galaksi ini diciptakan. Hukum alam ini bergerak ke arah pusingan tawaf, dan ianya ke arah kanan. Pusingan tawaf yang ada di alam semesta ini merupakan fitrah.


Manusia ciptaan tuhan sepatutnya hidup selari dengan fitrah alam. Bersebab besar apabila aktiviti TAWAF sentiasa berputar ke arah kanan. Sebarkan rahsia pusingan TAWAF kepada semua umat Islam.
Kesan TAWAF Pada Jasad Manusia.
1.   Pergerakan ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak.
2.   Pergerakan melakukan pusingan ke kanan mengimbangi tulang belakang anda.
3.   Membersihkan darah dari ion positif berlebihan akibat radiasi luar yang terperangkap.
4.   Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh badan
5.   Merangsang daya tumpuan
6.   Mengekalkan potensi diri yang optima
7.   Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan otak kanan
8.   Mengawal tekanan perasaan
9.   Meningkatkan daya keyakinan & semangat
10. Mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser

Kesan TAWAF Pada Rohani Manusia
menjadi pengimbang semulajadi setiap detik kiri & kanan
- memenuhi falsafah hukum 7 kuasa Tenaga Tuhan iaitu:
1) Kebenaran mengatasi kesilapan
2) Kelajuan mengatasi kelewatan
3) Kemudahan mengatasi kejutan
4) Kestabilan mengatasi kucar-kacir
5) Kekuatan mengatasi kelemahan
6) Keuntungan mengatasi kerugian
7) Kejayaan mengatasi kegagalan

Monday, April 15, 2013

MAKANAN KEGEMARAN

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

Isnin, 15 April 2013 | 0 ulasan


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

MAKAN IKAN SARDIN

BAHAYA MAKAN IKAN SARDIN DALAM TIN!

by Pen Merah on April 11, 2013
img 5471 BAHAYA MAKAN IKAN SARDIN DALAM TIN!
WASPADA KETIKA MAKAN SARDIN DALAM TIN | Umum mengetahui makanan dalam tin kurang berkhasiat dan mungkin membawa keburukan kepada kesihatan andai terus dijadikan rutin hidangan dalam kehidupan anda. Andai anda merupakan penggemar dan peminat tegar Ikan Sardin dalam tin, anda wajib membaca artikel ini untuk menambah pengetahuan anda mengenai makanan kegemaran anda itu.Artikel ini adalah sekadar perkongsian. Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Ia merupakan cerita pengalaman. Percaya atau tidak, ia terpulang kepada akal dan fikiran serta taraf pemikiran anda.
Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempoh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.
Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwich sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, Insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.
Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cubalah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekalian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Thursday, April 11, 2013

buah loofah

Tahukah anda, buah apa ini ?


Tanaman unik ini tumbuh di vietnam dan masyarakat setempat menyebutnya sebagai buah loofah.

Yang unik dari buah ini adalah bentuknya sangat mirip dengan payudara.

Uniknya lagi pada bahagian ujungnya terdapat puting yang sangat mirip dengan puting payudara.

Wednesday, April 10, 2013

Petua Cara Merawat Panau Dan Kurap Dengan Segera |

Petua Cara Merawat Panau Dan Kurap Dengan Segera | Mungkin ada sesetengah dari kita malu nak tanya atau mencari kaedah untuk merawat 'peta'2 yg bercorak dibadan muka dan lain2 tempat . Di sini ada sedikit petua dan cara-cara merawat panau secara traditional untuk dikongsikan. Memang banyak kaedah2 lain untuk berubat selain dari beli ubat di farmasi kita juga boleh berubat dengan cara traditional. 

Pokok Diatas Tu Namanya Lengkuas Genting . Caranya nak gunakanya ada di bawah .

Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan tumbuhan ini seperti berikut;

1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.

2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.

3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.

4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.

Ulang petua ini beberapa kali sehinggalah panau ataupun kurap pada kulit anda hilang sepenuhnya.

Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.

Begini caranya;

1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.

2. Bersihkan daun serta akar tadi.

3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.

4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.

5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.

6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.

Sapu lagi selepas beberapa jam hinggalah rasa sakit urat ataupun sakit tulang berkurangan dan kembali lega seperti sediakala.

Banyak lagi daun2 yg boleh kita jadikan ubat untuk mengelak panau dan kurap ni . Kongsilah bersama , jangan kedekut illmu!

HOKI STAR

Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara 2013 telah berlangsung pada 3-6 April 2013. STAR kali ini hadir dengan persediaan yang agak baik dari tahun-tahun sebelumnya untuk memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain, khususnya SMK Anderson, juara berpuluh-puluh tahun tanpa cabaran. Pada edisi 2013, STAR hanya berjaya muncul naib johan buat kali pertama setelah Kinta 1 dan Kinta 2 digabungkan. 

STAR telah diletakkan bersama SMK Tasik Damai dan SMK Seri Putra dalam kumpulan D. Alhamdulillah halangan awal dapat diatasi di peringkat awal. Dalam aksi pembukaan, STAR menewaskan SMK Tasik Damai dengan keputusan 9-0, hasil jaringan Zahran Syahmi (4 gol), Nazrul Nazmi (4  gol) dan Mohd Iqbal (1 gol). Manakala dalam aksi berikutnya STAR menewaskan SMK Seri Putra dengan 4-0. Gol-gol dijaringkan oleh Zahran Syahmi (2 gol) dan Nazrul Nazmi (2 gol)

Dua kemenangan ini berjaya meletakkan STAR sebagai johan kumpulan B dan bertemu Kolej Vokasional Lebuh Cator di peringkat suku akhir. Dalam aksi di padang 2, STAR menang 3-0 dan akan bertemu SMK Tambun di peringkat separuh akhir. Gol-gol STAR dijaringkan oleh Izham Nisya (2 gol) dan Zahran Syahmi (1 gol)

Bertemu SMK Tambun, bukan bermakna cabaran yang diterima mudah kerana SMK Tambun juga memiliki beberapa orang pemain yang berpotensi. Perlawanan yang dilangsungkan pada jam 9.00 pagi ini berkesudahan STAR memenangi perlawanan dengan  3-0 hasil jaringan Aiman Nazmi (2 gol) dan Muhammad Afiq (1 gol).

Separuh Akhir bertemu SMK Tambun

Melangkah ke final bermakna ulangan final edisi 2012 apabila STAR muncul naib johan ditewaskan Anderson 6-0. Moral pemain berada pada tahap tertinggi apatah lagi persiapan tahun ini agak matap dengan menyertai pelbagai kejohanan. Sebelum perlawanan bermula, jurulatih menekankan aspek taktikal kepada para pemain dan Alhamdulillah, serangan demi serangan Anderson berjaya dipatahkan sehinggalah Anderson berjaya memperoleh penalti stroke pada minit ke 18 apabila Ridzuan tidak sengaja melepaskan kayu. Dan Ruben berjaya meletakkan Anderson di hadapan dengan 1-0 apabila berjaya menyemprunakan penalti stroke. Satu-satunya peluang terbaik STAR hadir pada minit ke-5 perlawanan namun, Zahran Syahmi gagal menyempurnakan jaringan hasil hantaran lintang Nazrul Nazmi.

Perlawanan akhir ANDERSON-STAR

Kedudukan separuh masa pertama berkesudahan 1-1. Bermula separuh masa ke dua, STAR dilihat bertahan dengan serangan bertali arus oleh pemain-pemain Anderson, namun sesekali berjaya melakukan serangan balas mengejut yang hampir-hampir mengejutkan Anderson namun pertahanan Anderson  begitu tenang mengawal keadaan. Pada minit ke 38, Anderson berjaya mendapat pukulan sudut penalti, namun penjaga gol Firdaus Zaki berjaya menampan bola pakar pukulan sudut penalti Anderson iaitu Rauf.

Anderson berjaya memperoleh gol ke dua pada minit ke -34 perlawanan menjadikan kedudukan 2-0. Ketika perlawanan berbaki lima minit dan keputusan seolah-olah 2-0, Anderson berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke -5 menjadikan kedudukan 3-0. Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat masa perlawanan dan Anderson muncul juara meninggalkan STAR di tempat ke dua. Dalam aksi final perempuan, menepati status sebagai sekolah projek hoki negeri, RPS berjaya menewaskan SMK bercham 11-0. Tahniah buat RPS !


Apapun tahniah buat semua pemain yang begitu bersemangat memberikan sepenuh kudrat dan tenaga dalam MSSD tahun ini. In sha Allah kita kembali lagi untuk memberikan cabaran yang lebih hebat pada masa akan datang.
 
SUMBER STAR HOCKEY TEAM

MENGGUNTING RAMBUT

Satu:
 
TERDAPAT bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (قزع).
Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :


  • "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

  • "Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Lawak Terbaru

Lawak  Terbaru

lawak politik keldai dan petani