baaelunsiber

Friday, July 29, 2016

SKJMB TEAM- JOHAN DAERAH KERIAN 2009 (KELOMPOK 2)



BOLA SEPAK SKJMB CEMERLANG DAN GEMILANG

Setelah sekian lama menanti, akhirnya  pasukan SK Jalan Matang Buluh telah membuktikan  kehebatan .


Bermula dengan pertandingan peringkat kelompok 2, SKJMB telah berjaya mengekalkan kejuaraan tiga tahun berturut-turut sejak 2007.Pada pertandingan SKJMB berjaya menewaskan SKPHT (13-0), SKPHA (4-0),SKDM (4-1) dan SKTM (2-0).
            Peringkat daerah pula, seramai sepuluh pemain SKJMB telah mewakili kelompok Dua dalam pertandingan peringkat Daerah Kerian.Keputusannya amat cemerlang dan membanggakan.Kelompok 2 menjadi Johan daerah Kerian 2009 berbanding 2007 (keempat) dan 2008 (ketiga).Keputusan penuh  menentang  K1 (2-1), K6 (3-3) ,S.Akhir K7 (4-3) dan Akhir K1 (2-0).
            Tiga pemain bola sepak SKJMB terpilih mewakili daerah Kerian ke peringkat negeri.
 

Monday, July 18, 2016

Bahagian B- Rumusan



Gambar di bawah menunjukkan semangat kerjasama dan aktiviti pelbagai  kaum  di sebuah taman perumahan.

Semangat kerjasama sangat penting bagi penduduk-penduduk pelbagai kaum di sesebuah taman.Pelbagai aktiviti dapat dilakukan untuk memupuk semangat kerjasama.
            Melalui aktiviti gotong royong, penduduk-penduduk dapat bekerjasama terutamanya untuk menjaga kebersihan agar terhindar daripada penyakit.Selain itu,kita boleh melawat atau menziarahi jiran atau sahabat handai yang sakit bagi menjaga kebajikan serta bertanyakan khabar.
            Di samping itu,kita perlu perihatin dengan membantu mereka yang tidak bernasib baik agar mereka juga gembira.Semasa hari perayaan,kunjung mengunjungi semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, boleh  mengeratkan hubungan silatulrahim Antara satu sama lain.Akhir sekali, bagi menjaga keselamatan kawasan perumahan, penduduk-penduduk juga boleh menyertai Rukun Tetangga
            Kesimpulannya, banyak aktiviti berfaedah boleh dilakukan untuk melahirkan masyarakat yang bekerjasama.

         
              Kerjasama                                                               Kebajikan








 



          


          Kunjung mengunjungi                                             Prihatin

BAHAGIAN B

_____________________________________________________
 DAERAH KERIAN ...JOHAN HOKI B12(L)  NEGERI PERAK 2016
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA

Surat Rasmi -Mohon kebenaran GB



Sural Kiriman Rasmi
Selaku setiausaha, kamu diminta menulis surat permohonan kepada Guru Besar sekolah kamu bagi mengadakan lawatan tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh,
34300 BAGAN SERAI, PERAK.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh,
34300 BAGAN SERAI
Perak.                                                                                                  20 JULAI 2016.

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Merujuk perkara di atas,,saya Farhah Irdina binti Fadhil Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu.Saya ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk kami mengadakan lawatan sambil belajar ke  Kuala Lumpur.

2.         Buat pengetahuan tuan,,tujuan lawatan ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan ahli-ahli dengan lebih terperinci.Ahli-ahli juga dapat mengenal Kuala Lumpur dengan lebih dekat.Selain itu, ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu juga dapat mempelajari tentang sejarah-sejarah   Kuala Lumpur.Di samping itu,kami juga dapat mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah.

3.         Selain itu,butir-butir lawatan adalah seperti berikut :-
      i.Lawatan ni akan diadakan pada 30 Ogos 2016.
     ii.Jumlah ahli yang mengikuti lawatan ini ialah 40 orang murid .
     iii.Jumlah guru pengiring ialah sebanyak 4 orang yang terdiri daripada Puan Amira
        binti Zairol,Encik Hazim bin Halim,Puan Sarah binti Nasir,Encik Haziq
        bin Jalil dan Encik Mohd Kamal bin Mohd Said.
     iv Bayaran adalah sebanyak RM 100.00 (Tambang dan Makan)

4.         Sebagai makluman pihak tuan,kami akan bertolak dari sekolah pada pukul 6.00 pagi.Bas dijangka tiba ke sekolah semula setelah lawatan pada pukul 12.00 malam.Semasa di Kuala Lumpur tempat-tempat yang akan dilawati ialah Pusat Sains Negara,.Melawat Muzium Negara, Melawat Zoo Negara dan Menara Kuala Lumpur.Semua tempat ini adalah  menarik dan sering dikunjungi oleh orangramai dan pelajar-pelajar.

5.         Besarlah harapan kami agar pihak tuan membenarkan kami untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur ini.Kami berharap pihak tuan dapat memberi keputusan dengan kadar segera supaya kami dapat membuat persiapan awal sebelum lawatan.

Kerjasama daripada pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian ,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
(FARHAH IRDINA BINTI  FADHIL)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu.