Kamu telah mengikut ibu bapa kamu ke pasar malam.
Ceritakan pengalaman kamu itu.
Sebaik-baik
sahaja selesai menikmati hidangan makan malam, ibu dan bapa mengajak saya pergi
ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Kami ke sana dengan berjalan
kaki dan mengambil masa selama 10 minit sahaja.
Setibanya di sana, saya dapati orang ramai telah pun berasak-asak berjalan di antara gerai-gerai yang terdapat di pasar malam tersebut. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Suasana pada ketika itu riuh-rendah dengan orang ramai yang mengunjungi pasar malam itu.
Setibanya di sana, saya dapati orang ramai telah pun berasak-asak berjalan di antara gerai-gerai yang terdapat di pasar malam tersebut. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Suasana pada ketika itu riuh-rendah dengan orang ramai yang mengunjungi pasar malam itu.
Ibu membeli sayur-sayuran segar yang dijual di
situ kerana harganya sangat berpatutan. Saya mengambil kesempatan untuk pergi
ke gerai bersebelahan untuk membeli ayam goreng berempah. Kedengaran suara para
penjual berteriak memanggil para pelanggan supaya membeli barang-barang di
gerai mereka.
Kami terpaksa berjalan perlahan-lahan kerana keadaan di pasar malam sungguh sesak. Semasa berjalan,
kami terserempak seorang peminta sedekah yang kudung kakinya, duduk di atas
jalan raya sambil menadahkan tangannya untuk meminta sedekah daripada orang
ramai yang lalu-lalang di situ. Saya begitu bersimpati dengan peminta sedekah
itu, dan menghulurkan wang sebanyak RM5.00, lalu beredar dari situ.
Selepas itu, ibu saya membeli beberapa helai baju yang
digemarinya.Ayah hanya membeli sepasang kasut sahaja.Saya membeli dua keping
apam balik, selonggok jagung rebus dan sebungkus kacang kuda untuk dibawa
pulang ke rumah. Pada ketika itu, orang ramai yang berada di pasar malam itu
mulai berkurangan dan suasana mulai agak sunyi serta para peniaga juga mulai mengemas barang-barang
mereka.
Kami pun pulang ke rumah sambil
menjinjing beg plastik yang dipenuhi dengan barang-barang yang kami beli.
Sesungguhnya pengalaman pergi ke pasar malam bersama ibu dan bapa saya
sememangnya amat menyeronokkan.