Tuesday, September 29, 2015
Monday, July 27, 2015
Kamu telah mengikut ibu bapa kamu ke pasar malam. Ceritakan pengalaman kamu itu.
Kamu telah mengikut ibu bapa kamu ke pasar malam.
Ceritakan pengalaman kamu itu.
Sebaik-baik
sahaja selesai menikmati hidangan makan malam, ibu dan bapa mengajak saya pergi
ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Kami ke sana dengan berjalan
kaki dan mengambil masa selama 10 minit sahaja.
Setibanya di sana, saya dapati orang ramai telah pun berasak-asak berjalan di antara gerai-gerai yang terdapat di pasar malam tersebut. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Suasana pada ketika itu riuh-rendah dengan orang ramai yang mengunjungi pasar malam itu.
Setibanya di sana, saya dapati orang ramai telah pun berasak-asak berjalan di antara gerai-gerai yang terdapat di pasar malam tersebut. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Suasana pada ketika itu riuh-rendah dengan orang ramai yang mengunjungi pasar malam itu.
Ibu membeli sayur-sayuran segar yang dijual di
situ kerana harganya sangat berpatutan. Saya mengambil kesempatan untuk pergi
ke gerai bersebelahan untuk membeli ayam goreng berempah. Kedengaran suara para
penjual berteriak memanggil para pelanggan supaya membeli barang-barang di
gerai mereka.
Kami terpaksa berjalan perlahan-lahan kerana keadaan di pasar malam sungguh sesak. Semasa berjalan,
kami terserempak seorang peminta sedekah yang kudung kakinya, duduk di atas
jalan raya sambil menadahkan tangannya untuk meminta sedekah daripada orang
ramai yang lalu-lalang di situ. Saya begitu bersimpati dengan peminta sedekah
itu, dan menghulurkan wang sebanyak RM5.00, lalu beredar dari situ.
Selepas itu, ibu saya membeli beberapa helai baju yang
digemarinya.Ayah hanya membeli sepasang kasut sahaja.Saya membeli dua keping
apam balik, selonggok jagung rebus dan sebungkus kacang kuda untuk dibawa
pulang ke rumah. Pada ketika itu, orang ramai yang berada di pasar malam itu
mulai berkurangan dan suasana mulai agak sunyi serta para peniaga juga mulai mengemas barang-barang
mereka.
Kami pun pulang ke rumah sambil
menjinjing beg plastik yang dipenuhi dengan barang-barang yang kami beli.
Sesungguhnya pengalaman pergi ke pasar malam bersama ibu dan bapa saya
sememangnya amat menyeronokkan.
Tulis lima nilai yang dapat kamu |
peroleh daripada petikan temu ramah di bawah. |
Berdasarkan petikan, kita hendaklah berhemah |
seperti Nasir mengucapkan tahniah sebab Kamal |
terpilih sebagai Tokoh Murid Cemerlang. |
Selain itu,kita hendaklah menghargai jasa seperti |
Kamal mengucapkan terima kasih kepada semua |
guru yang mendidik dan rakan-rakan yang sudi |
belajar bersama-sama.Seterusnya,kita hendaklah |
tekun dan gigih seperti Kamal memberikan |
perhatian yang sepenuhnya ketika guru mengajar. |
Kita juga mestilah menghargai masa seperti Kamal |
yang mengulang kaji pelajaran dan melayari |
internet untuk mendapatkan bahan-bahan |
pembelajaran pada masa terluang.Akhirnya,kita |
juga hendaklah baik hati seperti kamal yang akan |
menolong rakan-rakan yang tidak faham sesuatu |
topik yang diajar oleh guru. |
BAHAGIAN A |
1. Dua orang budak lelaki sedang bermain |
jongkang-jongket dengan ditemani oleh |
ibu bapa mereka. |
2. Amirul dan Haris sedang membeli aiskrim |
daripada seorang penjaja sebab rasanya sedap. |
3. Seorang budak lelaki sedang menggelongsor |
dengan gembira sambil diawasi oleh ibunya. |
4.Keluarga En. Musa dan En. Ali sedang bermain |
badminton untuk menyihatkan tubuh badan. |
5. Naim menunggang basikal di taman tersebut |
dengan berhati-hati sambil mengikut laluan |
yang telah disediakan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)