Tulisan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin di akaun Facebook beliau.
“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu.”
“Para pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal
membeza antara ‘memboikot product Israel dan yang menyumbang kepada
Israel’ dengan product orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu
yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala
kejahatannya.”
Oleh itu bagaimana untuk kita mengenali produk keluaran Israel, Yahudi.
Rahsianya boleh diketahui melalui kodbar yang terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit pertama kodbar yang terdapat pada sesuatu produk adalah merujuk kepada tempat produk/company didaftarkan.
Kalau sesuatu produk itu didaftarkan di Malaysia, 3 gigit pertama kodbar ialah 955 seperti keratan di bawah.
Sekiranya ia produk Israel atau didaftar di Israel, kodbarnya ialah 729.
Sekiranya
merasa sedikit bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk
kesengsaraan rakyat Palestin yang dilakukan Israel seperti disaran Dr
Asri, belek-beleklah kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729, walau secebis sumbangan yang diberikan tetap dikira-Nya.
Rujukan tentang kodbar tersebut boleh dibuat di www.gs1.org/barcodes/support/prefix_list
Sunday, July 13, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment