Saturday, June 29, 2013
Thursday, June 27, 2013
Guru...
KU SEORANG GURU DI PEDALAMAN SARAWAK - 2
Jam
menunjukkan 12.00 tengah malam. Dan aku masih lagi di sekolah
menyiapkan tugasan sekadar yang mampu dan online. Sambil menyelam, aku
minum air. Sambil menyelam bawa serampang dua mata untuk menembak ikan
" Tak boleh tahan dah, aku dah lebam, aku kena balik" Bisik hati aku
Dalam kegelapan malam Long San yang agak pekat, aku melangkah pulang ke rumah kira-kira 5 minit perjalanan yang terletak di kampung seberang. Hanya Lampu Suluh jenama Police yang aku beli di Asia Sonic Miri jadi panduan aku dalam menyuluh kepekatan gelap itu, di samping Ayatul Kursi yang berbisik tersemat di bibir dan di hati.
Namun haiwan hitam itu masih gagah dan mampu bangkit kembali. Aku berundur, lalu mencapai papan tebal sepanjang sedepa tangan ku, lalu ku hempas ke atas si Jengking itu. Badannya pecah dan terputus dua. Aku lelah, namun aku lega. Jika aku jadi mangsanya, aku tidak tahu nasib aku seterusnya.
Syukur kepadaNya kerana memberi alamat kepada aku dalam menghadapi si Bisa ini. Benar, Tuhan lah yang menentukan qada' dan qada ku. Apa boleh buat, di sini, aku hidup dengan diri aku. Semua aku wajib buat sendiri. Takkan nak menunggu nasi putih dan telur dadar termasak dengan sendiri.
Malam ni kala jengking, harap tiada ancaman pula pada hari-hari esok. Semoga esok lebih baik daripada hari ini
(Salam sayang dari Baram)
" Tak boleh tahan dah, aku dah lebam, aku kena balik" Bisik hati aku
Dalam kegelapan malam Long San yang agak pekat, aku melangkah pulang ke rumah kira-kira 5 minit perjalanan yang terletak di kampung seberang. Hanya Lampu Suluh jenama Police yang aku beli di Asia Sonic Miri jadi panduan aku dalam menyuluh kepekatan gelap itu, di samping Ayatul Kursi yang berbisik tersemat di bibir dan di hati.
Semua rumah jiran-jiran aku sudah gelap, memang biasa hidup di
kampung-kampung, mereka tidur awal. Aku teruskan langkah aku berjalan ke
rumah dengan pantas tetapi berhati-hati kerana hujan renyai-renyai
mulai turun.
Aku tiba rumah. Ya, teratak buruk yang sering cikgu Abdul Rahim Mohd Gobil katakan berpuaka itu. Memang gelap, segelapnya. Benar, rumah aku tiada bekalan elektrik, hanya janaan generator isian petrol berkuasa kuda 7.5 jadi sandaran. Dengan hati-hati, aku melangkah terus ke belakang rumah lalu menuju ke arah generator ku. Lalu, Aku pulas kunci, tolak "choke" dan tarik tali penghidup.
"Praanggggggggggggg"
Bersuara sudah generator berkuasa 4 lejang itu. Rumah aku mulai terang, dan aku terus melangkah ke pintu, memulas mangga yang mengikat rantai serta pintu itu. Kalau ku bercerita tentang mangga, ada lebih 5 ketul mangga aku sematkan di pintu, kerana sudah 2 kali rumah ku dipecahkan orang-orang nakal dan mencuri makanan aku di dapur. Ku buka pula mangga pintu dapur dan ku petik suis yang lain.
Aku tiba rumah. Ya, teratak buruk yang sering cikgu Abdul Rahim Mohd Gobil katakan berpuaka itu. Memang gelap, segelapnya. Benar, rumah aku tiada bekalan elektrik, hanya janaan generator isian petrol berkuasa kuda 7.5 jadi sandaran. Dengan hati-hati, aku melangkah terus ke belakang rumah lalu menuju ke arah generator ku. Lalu, Aku pulas kunci, tolak "choke" dan tarik tali penghidup.
"Praanggggggggggggg"
Bersuara sudah generator berkuasa 4 lejang itu. Rumah aku mulai terang, dan aku terus melangkah ke pintu, memulas mangga yang mengikat rantai serta pintu itu. Kalau ku bercerita tentang mangga, ada lebih 5 ketul mangga aku sematkan di pintu, kerana sudah 2 kali rumah ku dipecahkan orang-orang nakal dan mencuri makanan aku di dapur. Ku buka pula mangga pintu dapur dan ku petik suis yang lain.
Setiba langkah aku di pintu bilik,
aku rasakan sesuatu. Roma leher ku meremang tiba-tiba. Aku berasa suatu
yang janggal, asing serta serang. Apakah alamat yang Illahi hantarkan
pada aku?
Orang tua kata jangan pandang belakang, tapi aku degilkan jugak. Apa nak jadi, jadi la. Agi idup, agi ngelaban.Sesuatu berwarna hitam dengan duri tajam nya tegak sedia menghadapi aku. Benar, aku rasa goyang tapi aku jadi geram. Kala Jengking Sebesar tapak tangan dewasa jadi lawan aku malam itu. Dengan spontan aku merentap kayu penyapu lalu memukul haiwan berbisa itu
Aku tak mahu jadi mangsa!
Orang tua kata jangan pandang belakang, tapi aku degilkan jugak. Apa nak jadi, jadi la. Agi idup, agi ngelaban.Sesuatu berwarna hitam dengan duri tajam nya tegak sedia menghadapi aku. Benar, aku rasa goyang tapi aku jadi geram. Kala Jengking Sebesar tapak tangan dewasa jadi lawan aku malam itu. Dengan spontan aku merentap kayu penyapu lalu memukul haiwan berbisa itu
Aku tak mahu jadi mangsa!
Namun haiwan hitam itu masih gagah dan mampu bangkit kembali. Aku berundur, lalu mencapai papan tebal sepanjang sedepa tangan ku, lalu ku hempas ke atas si Jengking itu. Badannya pecah dan terputus dua. Aku lelah, namun aku lega. Jika aku jadi mangsanya, aku tidak tahu nasib aku seterusnya.
Syukur kepadaNya kerana memberi alamat kepada aku dalam menghadapi si Bisa ini. Benar, Tuhan lah yang menentukan qada' dan qada ku. Apa boleh buat, di sini, aku hidup dengan diri aku. Semua aku wajib buat sendiri. Takkan nak menunggu nasi putih dan telur dadar termasak dengan sendiri.
Malam ni kala jengking, harap tiada ancaman pula pada hari-hari esok. Semoga esok lebih baik daripada hari ini
(Salam sayang dari Baram)
Kisah Benar
Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Tabah Di Sihir | Kisah Mimpi Seorang Pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad saw.
Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Tabah Di Sihir | Kisah Mimpi Seorang Pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad saw | Untuk
anak cucu dan
remaja sekalian, ikutilah paparan kisah benar ini untuk dapat dirasakan
kasih sayang Rasulullah saw terhadap kita semua - umat di akhir zaman!!,
walaupun kisah ini sudah lama, ambe nak kongsikan dengan rakan-rakan
moga-moga memberi manfaat untuk kita bersama. Banyakkan berselawat
kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.
Allah swt telah berfirman:"Sesungguhnya Allah swt beserta para
malaikatNya sentiasa berselawat untuk Nabi Muhammad saw.Hai orang-orang
yang beriman, bacalah selawat dan salam untuk Muhammad saw dengan
bersungguh-sungguh."(Al-ahzab:56). Ayat tersebut memerintahkan kepada
orang-orang yang beriman supaya bersungguh-sungguh dalam menbaca selawat
dan mendoakan keselamatan untuk Nabi Muhammad saw.Oleh kerana
itu,orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan
rasulNya,haruslah mereka mentaati perintah tersebut dengan
memperbanyakkan bacaan selawat dan salam untuk dipersembahkan kepada
junjungan dan ikutan kita Nabi Muhammad saw.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancarkanlah jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi Muhammad s.a.w pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik itu.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya. Tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan Islam serta akhir sekali bertemu seorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan membaca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri. Justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin sudah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Kawan-kawan sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, mereka telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor2 ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilulah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah!!..” Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda Nabi Muhammad s.a.w sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi Muhammad s.a.w katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yg enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..” Ketika Nabi Muhammad s.a.w menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi Muhammad s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi Muhammad s.a.w menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi Muhammad s.a.w melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Nabi Muhammad s.a.w kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda Nabi Muhammad s.a.w menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja Baginda Nabi Muhammad s.a.w sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kepada rakan-rakannya tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi Muhammad s.a.w. Rasa malu pada Nabi Muhammad s.a.w kerana kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah Nabi Muhammad s.a.w yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi Muhammad s.a.w.”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh Baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia itu pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamdulillah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi Muhammad s.a.w yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Marilah kita kenangkan Nabi Muhammad s.a.w kita...Dialah pemimpin dan ibu ayah ruh kita. Dialah nabi yang diutus sepanjang zaman..Keperibadiannya indah. 'Cerminan al-Quran' kata ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata Baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, Baginda Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak!, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.....” Apakah kelebihan mereka tanya Saidina Abu Bakar lagi, "Satu sunnah yang dapat mereka tegakkan di zaman mereka sama seperti 70 pahala syahid di kalangan para sahabatku" (atau ada riwayat mengatakan menyamai 100 pahala syahid para sahabat)
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" (al-Ahzab:56)
p/s: Sungguh…banyaknya Dosa ku Ya Allah, Indahnya mu wahai Nabi Muhammad s.a.w. Semoga dengan Rahmat Allah, Insya Allah aku dapat ketemukan dalam mimpi ku..
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Friday, June 14, 2013
PERAK MUNCUL JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN HOKI MSSM 2013
PERAK MUNCUL JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN HOKI MSSM 2013
Berikut merupakan keputusan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSM 2013
1) Perak (125 mata)
2) Selangor (85 mata)
3) Kuala Lumpur (66 mata)
Kontijen Perak muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSM 2013
Anugerah-anugerah Kejohanan Hoki MSSM 2013
Perempuan Bawah 12 Tahun
1) Pemain Terbaik Kejohanan - Kersimah kauran (Sabah)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Nur Diyanah bt Nordin (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Nir Faezatul Elsya bt Amran (Terengganu)
4) Penjaring Gol Terbanyak - Nur Syaza Afiqah bt Safawi (Kuala Lumpur)
Lelaki Bawah 12 Tahun
1) Pemain Terbaik Kejohanan - Mohammad Shamir bin Mohamad Amran (Perak)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Mohammad Faizul Ariff bin Abdul Azis (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Muhammad Aidiel Adha bin Mohd Noor (Kelantan)
4) Penjaring Gol Terbanyak - Muhammad Syahmi Aiman bin Mat Jusoh (Kelantan)
Perempuan Bawah 18 Tahun
1) Pemain Terbaik Kejohanan - Nur Aisyah bt Yaacob (Melaka)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - Nurul Shafizan bt Amran (Perak)
3) Penjaga Gol Terbaik - Sazaumira bt Mohamad Ismail (Selangor)
4) Penjaring Gol Terbanyak -Ellya Shairah bt Ellias (Selangor)
Lelaki Bawah 18 Tahun
1) Pemain Terbaik Kejohanan - Nor Syafiq bin Sumantri (Kuala Lumpur)
2) Pemain Terbaik Perlawanan Akhir -Nik Mohd Aiman bin Nik Rozemi (Terengganu)
3) Penjaga Gol Terbaik - Adrian Andy Albert (Sabah)
4) Penjaring Gol Terbanyak -Muhammad Hasikal bin Zamri (Selangor)
Subscribe to:
Posts (Atom)