Cuaca
pada petang itu kelihatan mendung. Aku mempercepat langkah menuju ke rumah selepas menghadiri aktiviti
kokurikulum di sekolah. Tiba-tiba…….
Lengkapkan cerita tersebut supaya
menjadi sebuah karangan yang menarik
|
Info tersentak - bergegas - lori melintang di atas jalan
raya
Idea 1 kemalangan jalan raya -
antara lori dengan kereta - kereta tercampak ke dalam parit
Idea 2 orang ramai mula berkerumun - menghulurkan bantuan
- menyelamatkan mangsa
Idea 3 mengeluarkan mangsa dari
kereta - kesemua dapat dikeluarkan - hantar ke hospital
Idea 4 kaca bertaburan di atas
jalan raya - pihak polis tiba - menyiasat punca kemalangan
Penutup beredar dari tempat kejadian
- berasa sayu dan sedih - hilang selera berbuka puasa
|
Kemalangan Tidak
Berbau
Aku
tersentak mendengar bunyi dentuman yang
sangat kuat di hadapanku. Aku bergegas untuk mencari kepastian. Aku ternampak
sebuah lori melintang di atas jalan raya.
Alangkah
terkejutnya aku apabila mendapati satu kemalangan jalan raya telah berlaku.
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori pasir dengan sebuah kereta pacuan'
empat roda. Kereta tersebut tercampak ke dalam parit kecil di tepi jalan raya.
Orang ramai mula
mengerumuni tempat kejadian. Mereka segera menghulurkan bantuan kepada mangsa
yang terlibat dalam kemalangan itu. Aku berdoa agar mereka yang mengalami
kecederaan dapat diselamatkan.
Aku dan orang ramai cuba
mengeluarkan pemandu dan penumpang dalam kereta. Setelah kesemua mangsa dalam
kereta itu dapat dikeluarkan,kami meminta bantuan untuk menghantar mereka ke
hospital. Seorang pemandu van kilang secara sukarela sanggup menghantar mangsa
kemalangan tersebut
Serpihan kaca
bertaburan di atas jalan raya. Sejurus kemudian, pihak polis pun tiba. Keadaan
jalan raya mulai terkawal. Beberapa orang anggota polis menjalankan siasatan
untuk mencari punca berlakunya kemalangan tersebut
Aku melangkah
meninggalkan tempat tragedi itu. Aku amat sayu apabila terpandang lauk-pauk di
bahagian belakang kereta itu. Malam itu aku tidak berselera untuk makan malam
kerana masih terbayangkan peristiwa ngeri itu.
No comments:
Post a Comment