ETUA WANGIKAN BADAN
Minyak
wangi sebenarnya tidak dapat membantu. Penyelesaian terbaik ialah
mencari jalan supaya badan wangi secara semulajadi. Disini disediakan
petua mewangikan badan.
Petua Hilangkan Bau Badan
Satu ramuan tradisional
yang digunakan sejak turun-temurun ialah beras. Selain berupaya
menghaluskan kulit, beras juga dikatakan dapat menghapuskan masalah bau
badan.
Caranya ialah ambil
segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus jadi cam
beras terbakar. Lepas tu tumbuk beras terbakar tu hingga hancur dan
bancuh bersama air asam jawa.
Gosokkan bancuhan tu ke
bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh seperti bawah ketiak dan
sebagainya. Lepas digosok biarkan selama 10 minit dan mandi. Jika
diamalkan dengan kerap, hasilnya akan dapat dirasai apabila badan tidak
lagi berbau busuk setiap kali berpeluh.
Pewangi Peluh
Dapatkan tawas dan jadikan
ia serbuk. Gaulkan serbuk tawas tu dengan sedikit beras.Setelah itu
sapu rapi ke seluruh badan terutama di tempat-tempat yang mudah
berpeluh. Seboleh-bolehnya cuba amalkan setiap malam sebelum tidur. Anda
akan dapati peluh yang keluar dari badan bertukar menjadi wangi.