baaelunsiber

Friday, February 1, 2013

UJIAN TOV T6 2013



Sempena musim cuti sekolah,kamu dan keluarga telah pergi ke suatu tempat yang menarik. Ceritakan pengalaman kamu semasa berada di tempat tersebut.

Pengalaman Berkelah

            Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pergi berkelah di Teluk Batik. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah kereta.

             Setibanya kami di Teluk Batik, kami menurunkan barang dan meletakkan di tempat yang redup. Tanpa berlengah, saya dan adik terus menukar pakaian untuk bermandi-manda di laut. Kami berenang dengan pelbagai aksi. Adik saya yang masih kecil berenang dengan menggunakan pelampung.

              Setelah penat bermandi-manda, kami pun menjamu selera makanan yang dibawa dari rumah. Antara makanan yang dibawa oleh ibu ialah ayam madu, daging kurma, ulam-ulaman dan ikan goreng. Makanan itu sungguh enak dan sedap dimakan kerana pada waktu itu kami berasa sungguh lapar.
               
                Selain itu, saya dan adik membina istana pasir. Kami menggunakan beberapa alat seperti baldi kecil, penyedok dan sebagainya. Kami berasa gembira kerana istana pasir yang kami bina sungguh besar dan cantik.

                Seterusnya, ayah juga sempat menunggang  jet-ski. Ayah berhati-hati ketika menunggang jet-ski. Kami juga telah menaiki bot untuk menikmati pemandangan seluruh tempat.Pemandangan di tempat itu sungguh indah .
 
                Tepat jam enam petang, kami bersiap-siap umtuk pulang. Kami sempat bergambar dan membeli cenderahati sebelum pulang. Kami tiba di rumah pada pukul sembilan malam. Saya berharap dapat pergi ke sana lagi.



Sekolah kamu telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan. Selaku setiausaha majlis,kamu ditugaskan untuk menulis laporan tentang hari anugerah tersebut tersebut.
                        
                           
Laporan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012
S.K Jalan Matang Buluh

S.K Jalan Matang Buluh telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan ke-50.Majlis telah diadakan pada hari Sabtu bermula pada pukul dua petang.Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang.

   Majlis telah dirasmikan oleh YB Syam bin Sahat ,ADUN Alor Pongsu.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya dan berharap agar mereka dapat meneruskan kecemerlangan .

   Selepas ucapan perasmian,persembahan daripada murid-murid telah diadakan.Antaranya,persembahan tarian,boria dan koir.Tetamu yang hadir berasa terhibur denagan persembahan tersebut.

   Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Syam bin Sahat.Antara kategori hadiah ialah seperti hadiah kecemerlangan,mata pelajaran terbaik,hadiah galakan,anugerah NILAM,terbaik UPSR dan tokoh murid.

   Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah pengumuman tokoh murid 2012.Tokoh murid bahagian lelaki disandang oleh Alif Dinie b Ahmad.Bahagian perempuan pula dimenangi oleh Aishah Radhiah binti Mohd Nasir.Pemenang dipilih berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan  sahsiah.

   Selepas berakhir penyampaian hadiah,satu jamuan ringan telah diadakan.Majlis berakhir pada pukul enam petang.

Disediakan oleh,                                     15 NOVEMBER 2012.

Aiman Hidayat
 (AIMAN BIN HIDAYAT)                        
Setiausaha Majalah Sekolah

 

Bahagian A






1. Ayah Fahmi sedang memasukkan makanan ke dalam kereta sebagai bekalan semasa pergi berkelah.
2. Fahmi dan adik pula sedang menunggu ayah mereka untuk memasukan barang-barang .
3. Fahmi dan keluarganya sedang menjamu selera semasa berkelah di sebuah kawasan air terjun.
4. Beberapa pengunjung sedang mandi-manda dengan pelbagai gaya dan aksi.

5. Emak Fahmi sedang menuang air sementara ayah memegang cawan dengan berhati-hati.


                                                           

No comments:

Post a Comment