baaelunsiber

Saturday, November 10, 2012

Perbezaan ikan keli

Perbezaan ikan keli haram dan halal


Tajuk ini menjadi famous dalam kalangan pengguna facebook muslim khususnya. Hal ini kerana Islam amat mementingkan aspek permakanan. Terdapat banyak kesannya andai permakanan kita tidak dijaga dengan sebaiknya(dari segi halal dan haram).

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. - fb.com/harlina

No comments:

Post a Comment