baaelunsiber

Monday, August 6, 2018

lawatan tempat bersejarah percubaanskjmb 2018


66 Kamu telah mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh
    pihak sekolah ke suatu tempat bersejarah yang menarik.
   Tuliskan catatan tentang lawatan tersebut.

28 Mei 2012 -Isnin

7.00 pagi.
Berkumpul di sekolah kerana saya mengikuti rombongan sekolah melawat  di tempat-tempat bersejarah di negeri Perak. Cikgu memberi taklimat berkenaan lawatan ini kepada peserta-peserta rombongan sekolah.Lawatan dianjurkan oleh Persatuan Sejarah SK Jalan Matang Buluh Bagan Serai
           Pada pukul 9.00 pagi kami tiba di Muzium Perak .Bangunan ini merupakan sebuah institusi muzium yang terdapat di Taiping dan merupakan yang tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan dan artifak sejarah Melayu di negeri Perak .Antaranya seperti senjata lama,pakaian diraja,budaya hidup masyarakat terdahulu dan pelbagai jenis haiwan.Sungguh bertuah kami dapat berkunjung ke sini.

           Tempat kedua yang kami lawati ialah di Lenggung.Di sini terletak Muzium Arkeologi Lenggong yang dibina di Kota Tampan . Di sini menempatkan pelbagai artifak dan bahan prasejarah dan yang paling mencuri tumpuan ialah rangka ‘Perak Man’ yang dipercayai berusia 10 ribu – 11 ribu tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh.Kami sempat bergambar beramai-ramai kerana di sini terdapat barang-barang peninggalan lama yang unik.

        Pada waktu tengah hari, kami tiba di Kuala Kangsar. Kami makan dan berehat di sebuah restoran.Kami juga solat zuhur di masjid yang berdekatan.
       Pada pukul 3.00 petang kami tiba di Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar yang menempatkan pelbagai bahan bersejarah tentang kehidupan Almarhum Sultan Azlan dari muda sampailah ke era pemerintahannya. Di sini juga menempatkan informasi berkenaan sejarah negeri perak dan Keluarga Diraja Perak..Kami teruja melihat pelbagai jenis pakaian diraja ,senjata  dan hadiah-hadiah yang diterima yang dipamerkan di sini.


29 Mei 2018 –Selasa.

Pagi –pagi lagi kami bertolak dari Heritage Hotel menuju ke Gopeng. Di sini terdapatnya Kellie’s Castle iaitu
sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal secara mengejut kerana penyakit pneumonia.Agak seram juga bangunan ini. Kami juga sempat ke Pasir Salak .Ini juga merupakan satu tempat yang mempunyai banyak kesan sejarah terutamanya tentang pejuangan pahlawan-pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeri satu ketika dahulu.

      Pada pukul lima petang , kami bertolak ke sekolah.Kami mendapat begitu banyak ilmu  dan pengalaman yang berharga hasil daripada lawatan ini.Kami berharap agar lawatan seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.


karangan percubaan skjmb 2018


67 Langkah-langkah memupuk perpaduan

Perpaduan merujuk kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam sesebuah negara. Perpaduan akan terjejas jika berlaku pergaduhan dan perselisihan dalam masyarakat.  
 
        Masyarakat yang berbilang bangsa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran tetangga dengan mesra tanpa mengira bangsa, kaum dan anutan agama.Kita perlulah menunjukkan  nilai murni dengan jiran-jiran.Ini tentu dapat membentuk sahsiah positif dalam masyarakat. Hasilnya ,kita dapat memupuk nilai perpaduan dalam generasi hari ini.. 


        Selain itu, aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara melalui aktiviti gotong-royong. Masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman. Aktiviti ini menjamin keceriaan kawasan kediaman dan mengeratkan hubungan silatulrrahim.

       Seterusnya, konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di negara kita. Rumah terbuka merupakan cara memupuk  perpaduan dan dapat mendedahkan masyarakat adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Oleh itu,aktiviti rumah terbuka cara yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum. 

           Seterusnya, rakyat di negara ini haruslah sentiasa tolong menolong dan saling bekerjasama.Elakkan lah diri dengan mengambil kesempatan untuk  mencetuskan isu sensitif yang boleh menyebabkan perselisihan  dan pergaduhan.Hiduplah saling bertolak ansur dan muhibah demi perpaduan kaum agar hidup aman dan damai. Dengan ini peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada berulang kembali.


         Konklusinya, perpaduan merupakan tunjang dan asas negara Malaysia. Semua pihak haruslah berusaha untuk perpaduan. Kita sama-samalah kita berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu. 




Wednesday, August 24, 2016

Wakil Perak ( SKJMB )Johan Hoki B12 MSSM 2016..



Kepentingan Internet



Kepentingan Internet
Pada zaman serba canggih ini,kemudahan internet merupakan satu kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat.Oleh yang demikian, internet mempunyai pelbagai faedah dan kepentingannya kepada kita.
                Antara kepentingan internet ialah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat.Kita boleh mengetahui pelbagai maklumat dengan bantuan dan melayari internet sahaja.Oleh itu , kita dapat mengetahui pelbagai maklumat sama ada di dalam atau luar negara.Contohnya kita dapat mengetahui keputusan Olimpik Rio sekelip mata sahaja.
                Selain itu, internet dapat digunakan sebagai rangkaian untuk perhubungan.Kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana dia berada.Ini secara tidak langsung ,akan merapatkan hubungan Antara satu sama lain walaupun kita tinggal berjauhan.Kita boleh menghubungi keluarga,kawan-kawan atau atas urusan pekerjaan.
                Di samping itu, kita dapat berhibur dan menghilangkan stres  dengan menggunakan internet.Kita dapat menonton cerita, mendengar lagu,bermain permainan  dan sebagainya.Selain dapat memberi teladan kita juga dapat  berseronok setelah penat belajar atau berkerja.
                Seterusnya,sebagai seorang pelajar kita dapat melayari internet untukmembuat latihan dan ulang kaji pelajaran.Melalui cara ini, pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan.Ini akan membantu murid-murid terutamanya yang akan mengambil peperiksaan seperti UPSR.Murid-murid juga akan lebih berdikari.
                Kesimpulannya, internet memang banyak kebaikannya. Oleh itu, ibu bapa harus mengalakkan anak-anak melayari intenet  untuk ke arah kebaikan.